Skip to main content

Hak Sesama Manusia

Islam adalah agama yang lengkap dari pelbagai sudut perspektif hidupan harian termasuklah   etika pergaulan sesama manusia sama ada muslim dengan muslim atau muslim dengan bukan muslim atau bukan sesama muhrim sekalipun, Islam mengajar setiap batas pergaulan supaya menajaga kehormatan diri dan orang lain. Dalam Al-quran, surah  Al Isro’ ayat ke-32 “dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” Ini telah ditegaskan oleh Allah bahawa manusia perlu menjaga pergaulan oleh itu, terdapat enam hak dan kewajiban muslim atas muslim lainnya ini berdasarkan hadis Shahih Muslim. Rasulullah Saw bersabda: "

"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada enam: (1) Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkan salam, dan (2) jika dia mengundangmu maka datangilah, (3) jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, (4) jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), (5) jika dia sakit maka kunjungilah, dan (6) jika dia meninggal maka antarkanlah (jenazahnya ke kuburan).” (HR. Muslim).
Hak seorang muslim yang pertama ialah mengucapkan salam. Salam merupakan satu ucapan dan juga doa kepada muslim tersebut maka, wajiblah ke atas kita menjawab salam itu tanda mendoakan muslim itu semula. Namun terdapat beberapa hukum lain selain wajib ketika ingin menjawab salam iaitu mengikut situasi dan si pemberi salam. Menurut buku teks Syariah Tingkatan 4, jika seorang gadis memberi salam kepada seorang lelaki, maka makruh bagi lelaki itu menjawab salam tersebut. Malah, ternyata memberi salam kepada orang kafir hukumnya adalah harus dengan menyebut “Assalamualaika” dan bukannya “Assalamualaikum” . Tidak semua salam adalah wajib dijawab dan kita diharuskan memberi salam kepada orang kafir tapi dengan lafaz yang sedikit berbeza.
Selain itu, hak kedua ialah undangan  yang perlu hadir jika tiada halangan. Sebagai contoh, jemputan ke majlis kahwin, kenduri akikah dan bacaan tahlil. Wajib ke atas kita hadir undangan tersebut kecuali terdapat halangan yang tak dapat dielakkan seperti undangannya jauh, sibuk (terdapat perkara yang lebih penting untuk diselesaikan) dan hal hal lain yang munasabah.  Seterusnya hak yang ketiga ialah nasihat. Nasihat merupakan suatu didikan dan peringatan yang diberikan berdasarkan kebenaran dengan maksud untuk menegur dan membangun seseorang dengan tujuan yang baik. Nasihat sentiasa berrsifat mendidik terutama apabila seseorang itu meluahkan perasaan kepada kita, kita perlu memberi nasihat atau respons yang baik dan positif supaya seseorang itu rasa bersemangat semula dan tidak melakukan perkara yang negatif seperti kemurungan dan lebih teruk ialah membunuh diri. Hari ini, makin ramai manusia yang melakukan perkara yang seperti bunuh diri atas kerana stres dan tidak dapat mengawal emosi sehingga membuat keputusan begitu. Wal hal, Allah telah menjelaskan dalam Al-Quran ,4:29 yang bermaksud “dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allâh adalah Maha Penyayang kepadamu “ Ini menunjukkan bahawa Allah memberi sesuatu ujian kepada hamba-Nya tanda cinta Allah kepada hamba-Nya.

Hak keempat ialah apabila muslim itu bersin. Bersin merupakan perbuatan luar kawal seseorang manusia. Antara faktor bersin ialah apabila terdapat kotoran di rongga hidung dan dengan bersin, dapat membersihkan rongga hidung tersebut.Adab ketika seseorang muslim itu bersin ialah mengucapkan Alhadulillah dan juga menutup mulutnya ketika bersin. Jika ada yang mendengar bersin itu hendaklah menjawab Yarhamukallah lalu dibalas balik oleh orang yang bersin dengan Yahdikumullah Wa Yushlih Baalakum. Indah bukan Islam? Sedangkan sekecil-kecil perbuatan seperti bersin pun ada adabnya kepada yang bersin dan yang mendengarnya.

Seterusnya, hak muslim mengunjungi jika ada orang sakit. Mengunjungi orang sakit merupakan perbuatan yang sangat dituntut dalam Islam, Hal ini kerana, terdapat beberapa kebaikan ketika menjenguk orang sakit iatu menyematkan rasa bersyukur kepada Allah dengan rahmat kesihatan yang Allah beri kepada kita. Selain itu,Malalaikat akan sentiasa mendoakan mereka yang mengunjungi orang sakit dan mendapat rahmat yang banyak dari Allah. Apabila mengunjungi orang sakit, digalakkan membawa buah tangan seperti makanan berkhasiat (biskut,buah-buahan) supaya mereka yang sakit berasa gembira dan dihargai. Juga, berkata-kata perkataan yang baik dan ucapan semoga cepat sembuh kepada si sakit atau ahli keluarganya. Jika si sakit dalam keadaan koma atau dalam keadaan kritikal, kita digalakkan juga membaca yasin atau surah surah yang bersesuaian.


Akhir sekali, hak yang keenam ialah menziarahi orang yang meninggal dunia. Kematian adalah perkara yang setiap orang akan merasai tapi tiada siapa tahu bila dan bagaimana kematiaanya, oleh itu sebagai bakal ahli jenazah wajarlah kita membantu urusan jenazah yang kita kenali kerana apabila kita memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan uruskan urusan kita kelak. Tambahan pula, menziarahi dan menguruskan jenazah ini dapat mengingatkan kita kepada akhirat dan membawa keinsafan dalam diri. Segala perkara yang tidak baik berlaku ketika menguruskan  jenazah boleh diambil ikhtibar kepada diri kita.
Dengan melakukan hak-hak terhadap muslim  ini, kita berjaya melunaskan tanggungjawab fardhu ain seperti menjawab salam dan fardhu kifayah seperti menguruskan jenazah. Ini membuktikan bahawa Islam sangat menjaga hak sesama muslim supaya saling membantu apabila seseorang muslim itu sakit atau memerlukan nasihat dan setiap perbuatan baik kita lakukan pasti Allah akan membalasnya dengan lebih baik.
Kesimpulannya , islam amat mementingkan penjagaan hak sesama manusia tak kira agama, bangsa dan warna kulit. Jika dilihat dari sudut positif , hal ini dapat menarik perhatian agama lain untuk memeluk islam kerana tiada unsur "RACIST" di agama ini. Namun ia bukan mudah untuk melakukan perkara itu disebabkan pelbagai halangan. Tamsilnya, pada beberapa bulan yang lepas, tular di media sosial berkaitan seorang agen penjual rumah iaitu Dato' Boy Iman menipu pembeli yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuk berbangsa melayu, cina dan india dengan meletakkan harga rumah yang murah anggaran RM10,000 - RM30,000. Bukan sahaja mencemarkan nama beliau tetapi nama ISLAM turut tercemar disebabkan sikap tamak dan mementingkan diri walaupun ISLAM sudah mengajar untuk menjaga hak sesama manusia.

Comments